betul gak tu,
pendapat saya ada satu perkara yg saya nampak mungkin menyebabkan berlakunya kekurangan pengunjung ke forum ini berbanding dengan sebelum ni.
Iaitu; micro akaun yg diwar2kan tersebut belum boleh dilaksanakan lagi oleh pentadbiran fxegypt, belum lg released.
saya berpendapat sebahagian besar dari ahli fxmalay adalah terdiri dari trader yg pernah dan biasa melakukan trading di *********, bahkan masih mempunyai akaun dan berurusniaga di MV lagi.
Kelebihan ********* (ni bukan promosi) yg tiada pada broker yg lain ialah;
1. menggunakan platform streamster adalah sangat bagus dan mesra pengguna bagi sesiapa yg baru menceburi dunia forex (walaupun ketepatannya diragui)
2. Program affiliate yg dijlnkan oleh MV adalah sangat berbaloi kerana dapat mempromosikan MV dengan pantas
3. Satu lagi kemudahan yg disediakan oleh MV yg sangat menarik utk dijadikan bahan promosi ialah hadiah usd 5 didepositkan kepada setiap akaun baru. Walaupun kecil tetapi ia amat menyeronokan dan pembakar semangat bagi newbie utk memulakan live trade secepat mungkin.
4. modal permulaan pulak yang dicanangkan adalah serendah usd1 amat menyedapkan hati newbie.
5. trade boleh menggunakan Cuma sebahagian kecil modal seperti 10 point bersamaan usd 0.10, juga memberi kelebihan yg ketara kepada MV.
Di sinilah pentingnya broker2 utk menyediakan kemudahan yg setaraf dengan MV. Pada pandangan saya micro akaun adalah sebagai alternatif yg berkesan utk menarik trader2.sm_cool
Apabila terdengar khabar angin yg tidak berapa baik berkenaan MV dan egold, mereka2 ini mencari altenatif lain selain MV. sm_upset
Apabila terdengar berita yg fxegypt akan melancarkan akaun mikro yg memberikan banyak kelebihan kepada trader, mereka2 ini lah yg menyerbu dan memulakan promosi utk menarik rakan2 menggunakan kemudahan fxegypt pula. Dengan sejarah mereka menggunakan MV sebagai broker pertama yg mesra pengguna dan tidak banyak kerenah utk deposit dan menjalankan urusan, sudah tentulah mereka ini mengharapkan kemudahan yg sama dari broker yg lain ini.
Apabila yg ditunggu tidak kunjung tiba, mereka2 ini secara beransur2 jarang memasuki forum ini sebagai pengunjung yg aktif. Mungkin masuk forum ini juga, tetapi sebagai pembaca sahaja. Apatah lg maklumat berkaitan mikro akaun fxegypt ini boleh didapati di forum lain seperti ng dan cg.
Pada pandangan saya, sebaik sahaja akaun mikro dilancarkan, mereka2 ini akan kembali mengunjungi forum ini, apatah lg dengan beberapa insentif yg ditawarkan oleh fxegypt dan fxmalay seperti hadiah usd 100 utk trader yg mengepos 100 posting (good strategy 2 attract newbie n oldie..he he). sm_cool
usah lah risau, yg penting, kitayg ada nilah yg kena memeriahkan forum ni. lama2 nanti penuh lah semula dengan yg lain2.
sekian

Bookmarks