Berita baik buat semua ahli2 FXMalay,
Pihak FXMalay dengan ini mengumumkan pelancaran satu program baru iaitu 'Program Komuniti FXMalay'
Tujuan:
Program ini di wujudkn bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti pihak FXMalay di masa akan datang.
Dengan adanya program ini, ahli FXMalay boleh memohon untuk menjadi wakil untuk kawasan masing-masing.
Program ini di buka kepada ahli-ahli FXMalay yang belum menjadi ahli kepada mana-mana komuniti di dalam FXMalay.
Ahli yang telah memohon untuk menjadi pemilik komuniti, di harap dapat memberikan kerjasama penuh dengan pihak FXMalay.
Setiap ahli FXMalay yang ingin memohon harus mematuhi dan bersetuju dengan syarat2 di bawah:
1) Anda perlu membuka satu akaun real trading sebelum memohon untuk menjadi pemilik komuniti
- Pemilik komuniti akan mempunyai 2 akaun iaitu akaun pertama dan akaun kedua.
- Akaun pertama untuk anda trade dan akaun kedua untuk pembayaran komisyen.
- Anda tidak boleh trade menggunakan akaun kedua.
- Pastikan akaun kedua anda masih kosong dan belum di deposit.
- Kedua-dua akaun tersebut tidak layak untuk mendapat rebet.
2) Pembayaran rebet kepada ahli yang menyertai komuniti anda akan di lakukan oleh pihak kami dan pembayaran akan di potong dr komisyen anda setiap awal bulan.
- Anda perlu melakukan kiraan rebet untuk ahli komuniti anda melalui mailbox metatrader4
- Pada setiap 1hb setiap bulan, anda perlu submit kiraan rebet tersebut kepada pihak FXMalay
dan pihak FXMalay akan melakukan pembayaran rebet kepada ahli komuniti anda.
- Sebanyak 0.5pips* di potong dari komisyen anda di bayar semula sebagai rebet 0.5pips* kepada ahli yang menyertai komuniti anda.
- Anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai jumlah wang yang cukup untuk pembayaran rebet ke atas ahli komuniti anda.
*Rebet akan di bayar sebanyak 0.25pips untuk major pair dan 0.5pips untuk lain-lain pair.
*Sila emailkan senarai rebet (no, account dan jumlah) kepada [email protected] utk pembayaran rebet dari anda kepada ahli anda
3) Setiap pemilik komuniti bertanggungjawab ke atas ahli komuniti anda.
- Setiap pemilik perlu memastikan segala maklumat terbaru sampai kepada ahli komuniti.
- Pemilik komuniti seumpama wakil FXMalay di kawasan masing-masing maka anda perlu memainkan peranan anda sebaiknya.
4) Pemilik komuniti boleh mengadakan aktiviti untuk komuniti masing-masing
- sekiranya aktiviti itu merupakan aktiviti yang di anggap 'grand',
anda boleh berhubung secara terus dengan pihak FXMalay untuk perbincangan lanjut.
- Komuniti di galakkan untuk mengadakan aktiviti kecil-kecilan seperti gathering, house trading, aktiviti kekeluargaan n etc.
5) Nama komuniti akan di berikan berdasarkn nama yang anda pilih.
- Nama yang pilih hendaklah bersesuaian dan nama yang di anggap tidak sesuai akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
- Nama komuniti memainkan peranan penting maka pilih yang sesuai.
- Sebagai contoh: Sekiranya anda memilih 'Great', maka komuniti anda akan di namakan Great's Community.
6) Mempromosikan FXMalay melalui online atau offline
- Pemilik komuniti akan di berikan link ke web FXMALAY
- Anda boleh mempromosikan FXMalay sama ada melalui online atau offline.
- Anda di nasihatkn supaya mengutamakan kawasan tempat tinggal anda dan bagi yang melakukan promosi melalui online,
anda perlu memastikan ahli komuniti anda sentiasa mendapat maklumat terkini dan dapat menyertai aktiviti FXMalay di kawasan anda.
7) Pemilik komuniti TIDAK layak untuk mendapat rebet yang di berikan kepada ahli FXMalay.
- Rebet akan di berikan kepada ahli yang berada di bawah FXMalay dan tidak ada jaminan rebet untuk ahli di bawah komuniti.
- Pemilik komuniti TIDAK layak untuk mendapat rebet.
8) Ahli komuniti anda berhak untuk berpindah ke komuniti lain sekiranya ahli tidak berpuas hati dengan komuniti sebelumnya.
- Pemilik komuniti hendaklah menjaga ahli-ahli anda sebaik mungkin
- Ahli komuniti berhak untuk berpindah ke dalam komuniti lain sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan komuniti yang mereka sertai.
Pengiraan komisyen ahli
Anda akan menikmati 1pips* bagi setiap trade yang di lakukan oleh ahli komuniti anda.
Anda hanya layak untuk mendapat 1pips komisyen bagi setiap trade yang di tutup kurang dari -3pips atau lebih dr +3pips.
Pembayaran komisyen akan di lakukan secara realtime ke dalam akaun kedua anda.
Anda TIDAK layak untuk rebet 0.5pips untuk kedua-dua akaun.
*Komisyen komuniti ialah sebanyak 0.5pips untuk major pair dan 1pips untuk lain-lain pair.
Cara memohon:
Sekiranya anda ingin dan berminat utk memohon, sila hantarkn Nama, Alamat, Nama komuniti dan No. akaun Pertama dan Kedua anda ke [email protected]. Lampirkan salinan kad pengenalan anda sebagai bukti pengesahan identiti.
Sila nyatakan akaun yang di gunakan untuk trade dan akaun yang di gunakan untuk komisyen komuniti.
Setiap permohonan yang layak akan di maklumkan melalui email.
Adalah di nasihatkn supaya anda mempunyai sama ada yahoo messenger(YM), ICQ atau SKYPE untuk memudahkn anda berhubung dengan pihak FXMalay.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pihak FXMalay melalui id ym: sfxmalay
Terima kasih![]()
Bookmarks