Tadi belek belek surat khabar, terbaca pasal satu perkhidmatan broadband bernama iZZi. Mempunyai tiga pakej (iZZione, iZZiyou dan iZZipro) yang dapat melayari internet dengan kepantasan sehingga 1.0Mbps buat masa ini. Yang menarik perhatian saya ialah internet wireless yang saya rasa amat berguna kepada trader trader yang sering bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
iZZi menggunakan teknologi yang dikenali sebagai iBurst atau HC-SDMA, rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/IBurst untuk maklumat lanjut mengenai iBurst. Malangnya buat masa ni, coverage masih terhad ke kawasan kawasan tertentu sahaja. Saya pun tak beberapa tahu sangat mengenai servis yang mereka tawarkan, anda boleh rujuk sendiri ke laman web iZZi di http://www.izzi.com.my/. apa pendapat anda mengenai servis ini ?
Bookmarks